Thursday, 27 March 2014

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 4 / last

Keempat: Peringkat Tanah Keras


Pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah SWT berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar . Sebagaimana firman allah SWT yang bermaksud:

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar ." (Surah Ar-Rahman: 14)

Manakala Abu Hasan al-tibrisi menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras , ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba .

Pada peringkat ini juga ianaya dilihat sebagai peringkat terkhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini .

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama (Adam a.s) dari aspek spiritual , setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga .

Di dalam kitab Qisas al-Anbiya' penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan amat jelas.Dikatakan Allah SWT meniup roh ke dalam diri Adam a.s melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah SWT telah mengajar Adam untuk memuji Allah SWT , lalu dia menyebut . Apabila roh memasuki bahagian matanya , Adam telah dapat melihat dengan jelas buah-buahan yang terdapat di dalam syurga . Selepas itu apabila sampai roh ke bahagian kerongkong Adam ingin makan . Sebelum roh sampai kebahagian kaki , maka Adam segera ingin menjangkau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan . Pertama , jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan ke dalam jasad Adam a.s berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama (Adam a.s) adalah berlaku di dalam syurga . Ini ialah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma'wa iaitu tempat kediaman orang-orang soleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayat Adam . 

Persoalan kedua ialah berkenaan dengan sikap gopoh Adam a.s dan proses penyempurnaan penciptaannya . Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau ingikan sesuatu itu dalam kadar yang segera . Sebagaimana pepatah Melayu     

 "Belum duduk sudah nak melunjur."

Dalam hal ini Allah SWT telah menerangkan sikap ini di dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Manussia dijadikan bertabiat terburu-buru; Aku akan perlihatakan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kami meminta disegerakan ." (Surah Al-Anbiya': 37)

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT . Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia di dalam Al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi . 


                                                                 Mutiara Kata

"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci yang menyelaknya adalah malas ."

                                                                                                                                            (Wasiat Saidina Ali r.a)

syukran kepada yang sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment