Thursday, 27 March 2014

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 3

Pertama:Peringkat Saripati Tanah


Pada peringkat awal ini didapati bahawa Allah SWT melakukan beberapa penyaringan debu tanah . Firman Allah SWT:

"Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah ."
(Surah al-Mu'nminun: 12)

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulalatun min tin ) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia . Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manusia pada hari ini fikirkan .

 Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia . Dari aspek lain dipaparkan juga ialah kebesaran Allah SWT dalam penciptaan makhluk-Nya dan Dia sebagai Pencipta .

Manakala , merujuk kepada Surah al-Furqan , ayat 54 yang bermaksud:

"Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air , lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa ." 

Bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara saintifik sebagai spermatozoon .

Oleh itu saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai komponen lain yang merangkumi saripati tanh dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia .

Kedua: Peringkat Tanah Liat

Pada peringkat ini pula , ia dikenali sebagai peringkat tanah liat . sebagaiman firman Allah SWT:

"...  Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat ."
(Surah As-Shaffat: 11)

Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat . Al-Qurtubi menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melekat di antara satu sama lain . Manakala selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini , Al-Qurtubi juga menerangkan di dalam tafsirannya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam a.s dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat . Selain itu tempoh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau

Peringkat ini ialah dengan merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk ."
(Surah al-Hijr: 26)

nnti aku smbung lain :)

No comments:

Post a Comment