Thursday, 27 March 2014

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 4 / last

Keempat: Peringkat Tanah Keras


Pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah SWT berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar . Sebagaimana firman allah SWT yang bermaksud:

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar ." (Surah Ar-Rahman: 14)

Manakala Abu Hasan al-tibrisi menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras , ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba .

Pada peringkat ini juga ianaya dilihat sebagai peringkat terkhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini .

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama (Adam a.s) dari aspek spiritual , setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga .

Di dalam kitab Qisas al-Anbiya' penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan amat jelas.Dikatakan Allah SWT meniup roh ke dalam diri Adam a.s melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah SWT telah mengajar Adam untuk memuji Allah SWT , lalu dia menyebut . Apabila roh memasuki bahagian matanya , Adam telah dapat melihat dengan jelas buah-buahan yang terdapat di dalam syurga . Selepas itu apabila sampai roh ke bahagian kerongkong Adam ingin makan . Sebelum roh sampai kebahagian kaki , maka Adam segera ingin menjangkau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan . Pertama , jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan ke dalam jasad Adam a.s berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama (Adam a.s) adalah berlaku di dalam syurga . Ini ialah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma'wa iaitu tempat kediaman orang-orang soleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayat Adam . 

Persoalan kedua ialah berkenaan dengan sikap gopoh Adam a.s dan proses penyempurnaan penciptaannya . Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau ingikan sesuatu itu dalam kadar yang segera . Sebagaimana pepatah Melayu     

 "Belum duduk sudah nak melunjur."

Dalam hal ini Allah SWT telah menerangkan sikap ini di dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Manussia dijadikan bertabiat terburu-buru; Aku akan perlihatakan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kami meminta disegerakan ." (Surah Al-Anbiya': 37)

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT . Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia di dalam Al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi . 


                                                                 Mutiara Kata

"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci yang menyelaknya adalah malas ."

                                                                                                                                            (Wasiat Saidina Ali r.a)

syukran kepada yang sudi membaca :)

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 3

Pertama:Peringkat Saripati Tanah


Pada peringkat awal ini didapati bahawa Allah SWT melakukan beberapa penyaringan debu tanah . Firman Allah SWT:

"Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah ."
(Surah al-Mu'nminun: 12)

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulalatun min tin ) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia . Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manusia pada hari ini fikirkan .

 Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia . Dari aspek lain dipaparkan juga ialah kebesaran Allah SWT dalam penciptaan makhluk-Nya dan Dia sebagai Pencipta .

Manakala , merujuk kepada Surah al-Furqan , ayat 54 yang bermaksud:

"Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air , lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa ." 

Bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara saintifik sebagai spermatozoon .

Oleh itu saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai komponen lain yang merangkumi saripati tanh dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia .

Kedua: Peringkat Tanah Liat

Pada peringkat ini pula , ia dikenali sebagai peringkat tanah liat . sebagaiman firman Allah SWT:

"...  Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat ."
(Surah As-Shaffat: 11)

Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat . Al-Qurtubi menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melekat di antara satu sama lain . Manakala selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini , Al-Qurtubi juga menerangkan di dalam tafsirannya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam a.s dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat . Selain itu tempoh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau

Peringkat ini ialah dengan merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk ."
(Surah al-Hijr: 26)

nnti aku smbung lain :)

Wednesday, 26 March 2014

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 2

Falsafah Penciptaan Manusia Daripada Tanah

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia dicipta daripadatanah . Sudah tentu penciptaan ini memang mempunyai intisari dan falsafahnya yang tersendiri .

Ciptaan manusia yang telah dipaparkan di dalam Al-Quran ialah sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya . Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya ."
(Surah Nuh: 17-18)

:Dari bumilah Kami ciptakan kamu , dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu , dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi." (Surah Thaha: 55) 

Merujuk kepada ayat-ayat dia atas ianya menunjukkkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah jua selepas mereka mati .

Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau hari perhitungan .

Komponen dan Proses Kejadian Manusia


Terdapat banyak surah di dalam Al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia.

Maka dalam huraian seterusnya kita akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian .

smpai sini dulu :) nnti aku smbung lain ;)

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA MENURUT AL-QURAN - 1

Islam merupakan ad-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain . Ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara . Diturunkan melalui Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW sebagai agama samawi yang terakhir.

Pendahuluan


Diperingkat awal sebelum penciptaan manusia , Allah SWT telah berfirman kepada malaikat bahawa Dia akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini . Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ini."
(Surah al-Baqarah: 30)

Merujuk kepada ayat di atas falsafah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaan-Nya . Sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

nnti aku smbung :) cuti-ii cenni selalu pi holidays :3